Skip to main content

GUGURNYA PAHLAWAN SANG SAKA BIRU



GUGURNYA PAHLAWAN SANG SAKA BIRU

(Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-214 Tahun 2021 
Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak)


Dengan tekad mulia 
Melakar warna sentosa
Terjun ke pelusok negara
Menghalal keringat dan nyawa
Lantas kau injak rusoh raga
Waktu membalas lambaian keluarga
Dengan seragam yakin
Kau pilih juang mendaulatkan undang-undang menjadi novel kehidupan
 
Untukmu siang dan malam bagai tiada bersempadan
Letih dan lelah pula dijadikan cerita kedua
Kau pilih aman sang warga sebagai piala maya
Kau jadi malaikat nyata
Demi hidup yang lebih Sentosa
Kau simpan hina dan caci jauh ke pangkal perdu hati
Kau ambil sanjung dan budi sebagai kudapan memujuk diri
Tika memgimbau tragedi berdarah
Gugur Dang Puspa menyembah ke tanah
Tiada gerun tegar menyanggah
Kita orang-orang polis tak akan menyerah
Petualang negara pasti dilunyah
Ke liang cacing pun akan kuredah
 
Dimerah darah kami bersumpah
Membujur lalu melintang patah
 
Tertulis takdirmu di hujung peluru
Berkafankan doa dan Sang Saka Biru
Tiba ketikanya nama mu diseru
Ditaburkan mawar di batas pusaramu
 
Gugur kuntum merafak ke bumi
Akan jasadmu kekal berseri
Murni doa kami panjatkan
Sejambangan fatihah kami hadiahkan
 
214 usiamu kini
Segenap penjuru engkau teruji
Gugur rakanmu darahnya wangi
Kau sepah semangat besi kersani


Comments