Skip to main content

HERO'S FOREVER BY IPD KAMPAR

 

Montaj yang sangat bermakna. Merakam perjuangan selama tiga tahun dua bulan di Daerah Kampar, Perak. Ironinya, tugasan dalam aspek keselamatan ini bukan mudah tetapi tidak susah untuk menjadi senang. Sama sepertimana kerjaya lain dengan melihat aspek pekerjaan dalam neratif yang positif bagi memudahkan kerja yang berat menjadi ringan dan pastinya bakal memberikan impak yang mendalam kepada semua pihak. Lima perkara perlu dititikberatkan dalam memastikan kejayaan dalam setiap tugasan adalah:-

Meneroka serba sedikit latar penduduk Daerah Kampar di mana jumlah penduduk  adalah lebih kurang 98,732 orang di mana komposisi kaum di daerah ini meliputi Cina 52 peratus, Melayu 33 peratus, India 11 peratus dan lain-lain bangsa 4 peratus (2017). Umumnya masyarakat Kampar hidup dalam harmonis, menitik beratkan hal berkaitan keselamatan dan patuh kepada undang-undang. Keadaan ini terbukti apabila pada tahun 2020, kadar jenayah di daerah ini telah mengalami penurunan yang ketara dan penurunan tertinggi berbanding lain-lain daerah di Perak. Pencapaian ini pastinya berlandaskan kolaborasi yang mantap di antara pihak penguatkuasaan undang-undang dan seluruh masyarakat di Daerah Kampar.  


Sewajarnya kejayaan akan datang hasil dari usaha, kesungguhan dan doa yang berterusan. Inshaallah Kampar kekal aman dan selamat.


@ Kajang, Selangor

Comments