Skip to main content

KAMPAR COVID 19: PERSPEKTIF BARISAN HADAPAN


Kampar merupakan sebuah daerah di negeri Perak Darul Ridzuan yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Ipoh dan 16 kilometer dari Tapah. Berkeluasan 258.61 batu persegi dan mempunyai anggaran kepadatan penduduk seramai 98,732 orang berdasarkan kepada rekod yang dikeluarkan pada tahun 2017 di mana komposisi kaum di daerah ini meliputi Cina 52 peratus, Melayu 33 peratus, India 11 peratus dan lain-lain bangsa 4 peratus. Dipecahkan kepada dua mukim iaitu Kampar dan Teja serta dua pekan utama iaitu Kampar dan Gopeng. Kampar berada dalam lingkungan Lembah Kinta yang suatu ketika dahulu kaya dengan hasil bijih timah sehingga 21 Mei 2009 apabila daerah ini secara rasminya menjadi daerah ke 10 di negeri Perak selepas dipisahkan dari daerah Kinta.


Dari aspek pentadbiran, Kampar ditadbir oleh seorang Pegawai Daerah dengan dibantu oleh seorang Yang Dipertua Majlis serta jabatan dan agensi kerajaan sebagaimana daerah-daerah lain di Negeri Perak termasuk agensi penguatkuasaan undang-undang utama iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Pasukan Polis Kampar diwujudkan semenjak tahun 1904 dengan terbinanya sebuah Balai Polis di Jalan Gopeng, Pekan Kampar sebelum berpindah ke tapak IPD Kampar sekarang pada sekitar tahun 1980. Pada tahun 1992, IPD Kampar telah diletakkan di bawah pentadbiran IPD Kinta (Batu Gajah) sehingga 1 Disember 2005 apabila diasingkan di bawah pentadbiran sendiri selari dengan penetapan daerah-daerah polis yang baharu di Negeri Perak oleh Ketua Polis Negara melalui Warta Kerajaan bertarikh 18 Mei 2006. IPD Kampar mempunyai perjawatan beruniform seramai 405 orang dan diketuai oleh seorang Pegawai Kanan Polis (PKP) berpangkat Penguasa Polis. Mempunyai tujuh buah Balai Polis di bawah pentadbirannya iaitu Balai Polis Kampar, Balai Polis Gopeng, Balai Polis Kuala Dipang, Balai Polis Malim Nawar, Balai Polis Mambang Diawan, Balai Polis Kota Bharu dan Balai Polis Tronoh Mines.

Selanjutnya....KAMPAR COVID 19









Comments