Skip to main content

KAU TINGGALKAN RINDU DI SINI


KAU TINGGALKAN RINDU DI SINI

(Sempena Persaraan Timbalan Ketua Polis Perak Pada 08 November 2021)

IZINKAN AKU
MENATAP SEBAK DI DADAMU
UNTUK KUTULIS SIMFONI LAGU
PADA SEPI PERGUNUNGAN SENDU

BERIKAN AKU
SEKADAR SEKELUMIT WAKTU
AKU INGIN SEBENTAR MELAYAN SEMBILU
KERANA AKU TAHU
MASA TERKENANG BERANGKAT LALU
TIADA KESEMPATAN…..MINTA DI TUNGGU

LANGKAH-LANGKAHMU
TERTINGGAL DI PINTU
KAMI KUTIP KENANGAN ITU
SATU DEMI SATU
DAN
KAMI PUPUKKAN IRAMA RINDU
KAMI SIMPAN DI KOTAK PILU
NOSTALGIA INDAH MERAWANG DI KALBU

KUTAHU SUDAH MAKNA
PERPISAHAN PENGHUJUNG MASA
KAU LEBARKAN SAYAPMU KE ANGKASA
MENCARI
DESTINASI BAHARU SINGGAHSANA
LALU DOA KAMI SULAMKAN BERSAMA

KUTAHU SUDAH
AKAN KAU MENGALIH ARAH
LEMBARAN INGATAN MEWARNA SEJARAH
TITIPAN
MASA LAMPAU MENITI TERJAH
SEKUJUR KAMI AKUR MENGAKU PASRAH
WALAU DISINI
KERINGATMU MASIH BASAH
PASTI ADA…..GERIMIS GUGUR KE TANAH
MEMBASAHI PELOSOK LIMBAH

PUDARLAH SENYUM DAN TAWA
SENYUMMU PENGUBAT DUKA
TANDUSLAH PENDAPAT KATA
PENDAPATMU PENCETUS MINDA
PUPUSLAH JUA PETAH BICARA
BICARAMU MENJANA JAYA
SAMARLAH LANGKAH-LANGKAH PERKASA
LANGKAH NAN BERTATAH JASA

PADA SELURUH PERSADA
HATI-HATI PILU
KAMI TEGUR MENGINTAIMU
KERANA MASIH…..PANAS JEJAKMU
MENGINJAK JALAN-JALAN KELIKIR BERBATU
NATIJAHNYA….DI SINI KAU TINGGALKAN RINDU
BUAT KAMI…..MENGGAPAI MERCU



Comments