Skip to main content

MELIHAT SESUATU DALAM KONTEKS YANG BERBEZA



Melihat sesuatu dalam konteks yang berbeza bagi mengubah tanggapan samborono sesetengah pihak terhadap PDRM. Masyarakat tidak perlu takut atau gusar kerana Pasukan Polis bukan sahaja organisasi yang berperanan sebagai penguatkuasaan undang-undang semata-mata tetapi jauh dari itu turut merasai denyut nadi kesusahan, kesempitan dan kekurangan masyarakat di pelbagai peringkat. Natijahnya, dengan adanya JIWA dan ILTIZAM seperti ini, masyarakat akan terus menghormati Pasukan Polis kerana berkemampuan melihat sesuatu dalam ruang lingkup yang lebih luas dan menyeluruh berbanding skop tugas sebenarnya. Lebih dari itu, ceritera seperti ini mampu merapatkan jurang di antara Pasukan Polis dan masyarakat khususnya dalam aspek memerangi jenayah dan mewujudkan keamanan bersama.


Mencakupi nilai sebenar kehidupan dan tidak terbatas kepada elemen keselamatan sahaja kerana di akhirnya nanti kesusahan, kesempitan dan kekurangan tersebut boleh mengundang bencana terhadap keselamatan jika ia tidak diambil perhatianSemangat ini perlu ada dan wajar diperkukuhkan oleh semua organisasi samada di sektor awam mahupun swasta kerana tanpa masyarakat, semuanya tidak akan berfungsi dan seterusnya jauh dari mencapai matlamat sepertimana yang disasarkan. "Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada". Syabas Polis Dan Orang Kampar, Perak.

@ Kajang, Selangor

Comments

Post a Comment