Jepun atau lebih dikenali sebagai negara matahari terbit merupakan sebuah negara kepulauan yang terletak di sebelah Timur Asia. Memiliki masyarakat yang berbilang etnik dan kaya dengan nilai sejarah dan tradisi yang diwarisi dari zaman awal pembentukannya pada abad ke-7 sebelum masihi. Negara Jepun mempunyai daya tarikan tersendiri iaitu sebagai sebuah negara penakluk dan kemudiannya bangkit dari kejatuhan sehingga menjadi salah satu negara termaju dan termoden di dunia dekad ini.
Kekuatan yang
ada pada negara ini telah menjadikan ia sebagai salah satu destinasi tumpuan bukan
sahaja dari aspek pelancongan malah kepada pemain-pemain industri, perkhidmatan
dan kebudayaan. Perkongsian oleh rata-rata pengunjung khususnya di media sosial
telah menyemarakkan lagi hasrat dan keinginan semua pihak untuk menjadikan
Jepun sebagai destinasi popular untuk dilawati dan dijadikan penanda aras dalam
pelbagai elemen pekerjaan.
Admin sendiri telah berpeluang mengunjungi negara tersebut sebanyak dua kali di atas urusan Lawatan Sambil Belajar pada tahun 2016 dan mengiringi isteri menghadiri persidangan yang dianjurkan oleh sebuah organisasi antarabangsa tujuh tahun kemudian.
Lawatan Sambil Belajar Pemenang Anugerah Balai League Table (BLT) 2014 anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) berlansung dari 18 hingga 26 September 2016 melibatkan sembilan orang deligasi terdiri daripada dua wakil dari YPJM dan tujuh wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang merupakan urusetia dan Ketua Polis Balai pemenang Anugerah BLT 2014. Lawatan yang berpusat di Bandaraya Tokyo tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan dan mempelajari amalan terbaik berkaitan pengurusan kepolisan di peringkat antarabangsa dan pelaksanaan community policing khususnya di National Police Agency (NPA). Antara pengisian lawatan rasmi adalah di National Police Agency (NPA), Tokyo Metropolitan Police Department (TMPD), Balai Polis Omiya Hagashi di Saitama, Ibu Pejabat United Nations Asia & Far East Institute for The Prevention of Crime & The Treatment of Offenders (UNAFEI) dan Tokyo Traffic Control Center.
Kongres IAGG Asia/Oceania Regional Congress 2023 berlansung dari 12 hingga 14 Jun 2023 di Pacifico Yokohama, Jepun melibatkan peserta yang merupakan pemain industri dan inovasi dalam sektor kesihatan.
Selain acara rasmi bagi mengisi dan melengkapkan program, peserta terlibat juga turut berpeluang mengenali dengan lebih dekat berkaitan Tokyo dan Jepun secara keseluruhannya melalui beberapa siri lawatan tidak rasmi. Antara destinasi yang sempat dikunjungi adalah Gotemba Premium Outlets di Fukasawa, Sensoji Temple di Asakusa, Tokyo Tower di Shibakoen, Tokyo Bay di Odaiba, Yokohama Chinatown, Shubuya Scramble Crossin, Mitsui Outlet Park Yokohama Bayside dan beberapa lokasi lain.
@ Kajang, Selangor
Comments
Post a Comment