Generasi muda pewaris kesinambungan negara |
Senario
Salah satu syarat kepada kewujudan sesebuah negara adalah terdapatnya 'rakyat' yang merupakan kelompok individu atau sekumpulan orang yang berperanan dalam mengurus dan mentadbir negara tersebut mengikut acuan yang telah ditetapkan. Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan rakyat sebagai seluruh penduduk sesebuah negara (sebagai syarat mendirikan sesuatu pemerintahan). Sebagaimana sepohon pokok yang kuat dari akarnya begitu jugalah dalam sistem bernegara yang diperkuatkan oleh rakyatnya dalam pelbagai aspek kehidupan melalui ketahanan fizikal, mental dan spritual mereka. Kekuatan tersebut pula perlu berkelangsungan dalam tempoh masa yang panjang dan hal ini memerlukan kesinambungan di pelbagai peringkat masyarakat dalam negara tersebut. Ini kerana 'ahli' masyarakat akan silih berganti, tiada yang kekal selama-lamanya. Lumrah dalam kehidupan bahawa generasi muda akan menggantikan golongan dewasa apabila 'tiba' masanya nanti. Namun, siapakah generasi muda tersebut? Agak sukar untuk menentukan had umur mereka kerana penetapan umurnya lebih menjurus kepada tujuan-tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, untuk diselarikan dengan sistem bernegara selayaknya generasi tersebut dikategorikan sebagai mereka yang berumur 13 hingga 30 tahun. Peringkat umur ini akan meliputi mereka yang berada di sekolah menengah, pusat pengajian tinggi dan diawal alam berkerjaya iaitu di bawah sepuluh tahun bekerja.
Permasalahan
Melihat kepada peranan yang besar, persoalannya adakah generasi muda mampu atau sudah bersedia dalam menggantikan peranan golongan dewasa untuk memainkan peranan sebagai catalyst kepada usaha mengekalkan kekuatan negara yang sudah terbina atau mempertahankannya dalam tempoh yang panjang? Jika dinilai dalam konteks Malaysia, krisis identiti yang membawa kepada 'masalah' di kalangan generasi muda masih lagi menghantui masyarakat. Sejak dahulu, tidak pernah berkurangan dan tiada tanda berhenti malah seolah-olah makin jauh dari penyelesaiannya walaupun pelbagai pendekatan diambil untuk menanganinya. Apatah lagi apabila dewasa ini muncul kemajuan teknologi yang tidak bersisi, complicated dan sukar untuk dimengertikan pro atau cons. Masalah-masalah di kalangan generasi muda samada yang ditunjukkan melalui perbuatan atau pertuturan boleh diibaratkan sebagai 'api dalam sekam' yang tanpa sedar bakal memberi kesan buruk kepada masyarakat dan negara dalam masa panjang.
Personaliti generasi muda cerminan identiti bangsa |
Hakikatnya kini, generasi muda masih dimomokkan dengan budaya hedonisme, hipster, social boundaries, gangsterisme dan vendalisme yang bukan sahaja melemahkan jati diri, keperibadian dan personaliti sebagai 'insan' tetapi juga boleh merosakkan identiti masyarakat. Dalam konteks pekerjaan pula, segelintir dari 'orang muda' masih lagi berhadapan dengan budaya kerja sambil lewa, acuh tak acuh, malas dan sebagainya yang boleh memberi kesan kepada prestasi dan peningkatan produktiviti. Lebih kronik apabila ada yang terlibat dalam kegiatan yang bertentangan undang-undang dan perlanggaran disiplin serta peraturan yang telah ditetapkan. Situasi ini wujud di mana-mana sahaja tanpa mengira jenis kerjaya atau organisasi. Kesemuanya akan membawa impak kepada diri dan keluarga selain kerugian kepada institusi dan negara.
Aprisiasi Ilham Pujangga
Menarik juga untuk diselarikan permasalahan ini dengan irama dan lagu sebagaimana yang ingin ditonjolkan melalui kata-kata azimat lagu 'Ilham Pujangga' yang memfokuskan generasi muda sebagai agen penentu kepada kekuatan sesebuah negara bangsa pada masa depan. Memberi gambaran sifat dalam masyarakat khususnya generasi muda yang merupakan pewaris kepada generasi hari ini. Dalam usaha menjadi generasi terbaik mereka tidak perlu bersifat menunjuk-nunjuk, banyak bercakap atau berkata-kata tetapi seeloknya berdiam diri bak kata peribahasa Melayu 'diam-diam ubi'. Ini kerana seorang yang pendiam biasanya adalah seorang yang banyak ilmu pengetahuan dan sangat rajin berbanding orang yang banyak bercakap tetapi kosong tidak terisi dengan hasil yang diharapkan. Berdiam diri bukan menggambarkan kelemahan seseorang secara total kerana kelebihan mereka tidak diinterpritasi secara nyata tetapi berada di akal fikir atau tersemat di minda melainkan diterjemahkan dari sudut pelaksanaan kerja. Golongan ini hanya akan bercakap berkaitan perkara-perkara yang membina, berfaedah dan boleh memberi kebaikan kepada semua pihak.
"Ilham dari pujangga
Berdiam diri bukan artinya kau kalah
Biar cercaan sekali datang menimpa
Sudahlah memang adat di dunia
Bersuaralah kamu pada perkara berguna
Itulah sifat orang bijaksana"
"Iya, anak muda itu tiada mati kerana tergelincir kakinya
Tetapi matinya anak muda itu, ialah kerana tergelincir lidahnya
Berdiam dirilah kamu kepada perkara yang bukan-bukan
Bersuaralah kamu kepada perkara yang memberi kebaikan"
Berdiam diri bukan artinya kau kalah
Biar cercaan sekali datang menimpa
Sudahlah memang adat di dunia
Bersuaralah kamu pada perkara berguna
Itulah sifat orang bijaksana"
"Iya, anak muda itu tiada mati kerana tergelincir kakinya
Tetapi matinya anak muda itu, ialah kerana tergelincir lidahnya
Berdiam dirilah kamu kepada perkara yang bukan-bukan
Bersuaralah kamu kepada perkara yang memberi kebaikan"
Dalam aspek tertentu, berdiam diri adalah lebih baik dari berkata-kata yang boleh membawa permusuhan atau membuka ruang keaiban diri sebagaimana hadis dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia berkata baik atau diam..." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Menyuarakan sesuatu secara bijaksana iaitu dengan berlandaskan fakta yang benar dan tidak mereka-reka cerita demi mencari publisiti 'murahan' yang boleh mendatangkan kegusaran dan keburukan kepada masyarakat. Dilaksanakan samada melalui percakapan secara langsung mahupun di atas papan kekunci atau secara maya. Dalam hal ini, sikap berhati-hati amat diperlukan kerana fenomena borderless world sangat besar peranannya dalam mencorak rupa bentuk masyarakat dewasa ini.
"Berikanlah tenaga
Untuk nusa dan negara
Ini zaman kemajuan
Jangan kita ketinggalan
Kasih sesama manusia
Seperti anda sayangkan diri anda
Pandang yang satu kepada yang ramai, sayang
Pandang yang ramai kepada yang satu"
"Usahlah ditanya, apakah bakti negara untuk kamu?
Tetapi tanyalah, apakah bakti kamu untuk negara?
Berjasalah kamu untuk keharmonian negara"
Tetapi tanyalah, apakah bakti kamu untuk negara?
Berjasalah kamu untuk keharmonian negara"
"Kau katakan pada aku sekarang puan
Apakah pendapat kau atas kewajiban muda-mudi?
Pembela, harapan, dan tiang segala bangsa dan negara
Bagaimanakah cara yang patut aku tunjukkan kewajiban ini?
Kau mempunyai akal, bukan? Tepuklah dada, tanya selera"
Apakah pendapat kau atas kewajiban muda-mudi?
Pembela, harapan, dan tiang segala bangsa dan negara
Bagaimanakah cara yang patut aku tunjukkan kewajiban ini?
Kau mempunyai akal, bukan? Tepuklah dada, tanya selera"
Generasi muda memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan dan kemajuan masyarakat dan negara. Mereka seharusnya memberikan sepenuhnya komitmen melalui kelebihan yang dimiliki khususnya dengan kekuatan fizikal, ilmu pengetahuan, kemahiran dan buah fikir yang tidak hanya untuk diri sendiri malah untuk kebaikan semua. Ini adalah bagi memastikan masyarakat dan negara akan terus bergerak ke hadapan dan tidak ketinggalan dalam meraih setiap kelebihan dan keistimewaan seperti yang dimiliki oleh orang lain. Selain itu, sikap hormat menghormati, berkasih sayang dan 'cakna' di antara sesama masyarakat perlu dipertingkatkan demi melahirkan kesepaduan yang bakal membawa kehormonian dalam kehidupan dan seterusnya menjana kemajuan. Apa sahaja yang dilaksanakan perlu mengutamakan masyarakat terbanyak atau majoriti dan tidak hanya mementingkan kelompok atau segelintir tertentu masyarakat.
"Sungguhkanlah hatimu
Pertahankan ibu pertiwi
Jauhkanlah dirimu
Dari perkara yang merugi
Maaf, mudi dan muda
Ku susun jari sepuluh
Aku bukanlah seorang pujangga
Hanya seorang penyanyi biasa"
Kekuatan dan kestabilan negara perlu dipertahankan bukan sahaja dari musuh secara fizikal tetapi juga daripada musuh tanpa sedar seiring dengan kemajuan teknologi di era ini. Perkara ini merupakan satu kewajipan dan tanggungjawab bersama bukan sahaja oleh generasi muda malah kepada semua peringkat lapisan masyarakat. Namun begitu, mempertahankan kedaulatan tanahair bukan bermakna mengangkat senjata semata-mata tetapi dengan menggunakan sepenuhnya kelebihan dan kekuatan dalaman yang dimiliki. Di samping itu, kekuatan dalaman juga boleh menjadi benteng dan perisai ampuh untuk melindungi diri dari melakukan perkara-perkara buruk yang berupaya menjejaskan kedaulatan tersebut. Peranan ini perlu dimainkan seeloknya oleh setiap peringkat masyarakat tanpa mengira faktor demografi, biologi dan bidang kerjaya. Malahan turut menjadi tugas seorang pujangga atau penyanyi melalui puisi atau lagu penuh nasihat, ajaran dan peringatan yang berupaya mempengaruhi masyarakat dan mudah diterima khususnya oleh generasi muda.
Penghargaan
'Ilham Pujangga' merupakan lantunan Allahyarham Ismail Haron (1946-2012) yang cukup terkenal di Singapura dan Malaysia pada sekitar tahun 1960 hingga 1982. Merupakan lagu ciptaan A. Rahim Jadi dan senikata oleh allahyarham sendiri bertujuan menyerlahkan kekuatan semangat patriotik melalui bait-bait katanya yang direct, terang dan jelas dalam mencitrakan generasi muda dan peranan mereka. Memengertikan sifat generasi muda melalui keterampilan tutur bicara, kebijaksanaan akal, etika murni dan kecintaan kepada negara. Garapannya sangat sesuai tanpa mengira di zaman mana mereka berada samada sebelum, semasa ataupun selepas itu. Realitinya, semua mekanisme telah pun tersedia maka terpulanglah kepada generasi muda bagi menentukan hala tujunya bak kata 'budak-budah baru nak up' 'mereka dah lama rancang kita sahaja yang leka'. Tepuk dada tanya lah selera' dan paling utama 'tepuk dada tanya lah iman'. Wassalam.
Author : Hasron @ Kajang, Selangor
Comments
Post a Comment