Salam Keberkatan... |
Adakah manusia ciptaan paling sempurna?
"Sesungguhnya benar Kami ciptakan manusia dengan bentuk yang sebaik-baiknya." atas kebanyakkan daripada siapa saja yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna." (Surah at-Tiin: 4). Pastinya manusia merupakan makhluk yang sempurna jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk lain. Perbandingan ini adalah berpaksikan kepada unsur 'akal' dan jasad yang dipunyai manusia dan berfungsi untuk menyokong kesempurnaan tersebut. Kolarasinya, menanfaatkan akal akan menjelmakan jasad manusia yang sempurna melalui kebaikan yang dilakukannya.
Adakah kesempurnaan tersebut kekal sempurna?
Kenyataan ini bergantung kepada manusia itu sendiri samada mahu mengekalkan kesempurnaan tersebut atau sebaliknya. Tiada paksaan dalam meraih kesempurnaan tersebut kerana manusia akan dipertanggungjawabkan di atas pilihan masing-masing. Harus diingat, selain akal manusia juga dikurniakan 'nafsu' yang berfungsi sebagai agen untuk menguji dan melatih mereka untuk menahan diri dari segala sesuatu yang bersifat buruk dan merugikan diri sendiri. Eksperimen dibuat melalui sifat dan nilai yang berada dalam diri manusia tersebut seperti kelalaian, kealpaan, keasyikan, keegoan dan sebagainya. Gagalnya manusia mendefinisi serta meletakkan sifat dan nilai tersebut atau dengan kata yang mudah meletakkan nafsu lebih tinggi dari akal maka pastinya mereka akan berdepan dengan situasi sukar dalam kehidupan. Amat kontradik dengan yang sepatutnya iaitu meletakkan akal di takat tertinggi dalam segenap aspek kehidupan.
Mitos Akal dan Nafsu
Dua elemen yang cukup unik terjelma dari setiap apa yang manusia lakukan dalam melayari kehidupan yang tidak bertepi. Kebiasaan dalam kehidupan normal seorang manusia, akal merujuk kepada perkara 'baik' manakala nafsu merujuk kepada perkara 'jahat'. Rasionalnya, baik boleh selamanya baik dan jahat boleh selamanya jahat tetapi baik juga tidak bermakna selamanya baik dan jahat tidak akan selamanya jahat. Dari keadaan tersebut, baik boleh juga berubah menjadi jahat manakala jahat boleh juga berubah menjadi baik. Segalanya bergantung kepada manusia bak kata 'tepuk dada tanyalah selera' atau lebih afdal 'tepuk dada tanyalah iman'.
Bagaimana meletakkan sempadan di antara kedua-duanya elemen tersebut dalam kehidupan? Tidak lain dan tidak bukan, konsisten terhadap apa yang disarankan melalui Al-Quran dan As-Sunnah. Ini kerana Islam menganjurkan umatnya melaksanakan kebaikan dan mengelak diri dari melakukan kejahatan atau kerosakan selama mana mereka masih lagi bernafas di bumi Allah s.w.t ini. Perkara ini jelas termaktub sebagaimana firman Allah s.w.t "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang melahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)" (Surah Ali Imran : 110).
Peranan Ilmu dan Istiqomah
Mengetuk situasi ini akan membawa kepada pentingnya ilmu dan istiqomah serta peranan kedua-duanya dalam memandu akal dan nafsu lalu membentuk kehidupan manusia yang sempurna. Ilmu adalah segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari Allah s.w.t samada dalam hal-hal berkaitan dunia dan akhirat mahupun zahir dan batin. Sangat penting sebagai agen membina akidah dan keimanan, petunjuk kepada jalan yang betul, pembina akhlak, pembawa kemakmuran dan pemangkin mengubah kehidupan manusia serta masyarakat. Manakala istiqomah pula merujuk kepada ketaatan menjalankan sesuatu suruhan secara terus-menerus samada dalam urusan dunia mahupun akhirat. Begitu penting dalam menzahirkan insan berakhlak mulia, membentuk insan yang teguh penderian dan memperkukuh jatidiri dengan sifat sabar dan tidak berputus asa. Melihat kepada hikmah yang pelbagai maka tidak syak lagi bahawa betapa mustahak fungsi kedua-duanya untuk menyokong akal dalam menjadi entiti dominan dalam diri manusia.
Diduksi
Diduksinya, kesempurnaan adalah milik Allah s.w.t yang dianugerahkan kepada manusia. Mendambakan kesempurnaan tersebut mengkehendaki manusia mempergunakan sebaik-baiknya akal dan pada masa sama mengelakkan nafsu dari menjadi 'raja' dalam diri. Keadaan ini adalah bagi memastikan kebaikan melebihi keburukan dalam apa sahaja perlakuan dan tindakan. Alternatif ke arah itu mengkehendaki manusia membangun dan memperkukuhkan kekuatan ilmu selain disertakan dengan istiqomah dalam setiap pojok kehidupan manusia. Bersama Menuju Kesempurnaan. Wassalam.
Author : Hasron @ Kajang, Selangor DE
Comments
Post a Comment